Jom Kenali 9 Jenis Peluru Berpandu

2.PELURU BERPANDU JELAJAH

Peluru berpandu jelajah adalah peluru berpandu yang memakai sayap dan menggunakan jet sebagai tenaga penggerak. Peluru berpandu jelajah didalamnya adalah bom terbang. Peluru berpandu jelajah direka untuk membawa hulu ledak konvensional dalam jumlah besar atau nuklear dan boleh menjangkau beratus-ratus batu dengan tingkat ketepatan tinggi. Peluru berpandu jelajah moden boleh terbang mencapai kelajuan supersonik atau di atas subsonik, dengan menggunakan sistem kawalan automatik dan terbang pada ketinggian yang lebih rendah untuk mengelakkan radar. Peluru jelajah pertama yang dibangunkan adalah Kettering Bug yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat pada 1917 untuk digunakan dalam Perang Dunia I. Peluru ini terbang lurus untuk waktu yang telah ditentukan sebelumnya kemudian sayapnya akan dilepaskan untuk kemudian badan peluru berpandu yang mengandungi hulu peledak jatuh menghentam tanah. Peluru ini tidak pernah digunakan dalam perang kerana Perang Dunia I selesai sebelum peluru berpandu ini boleh digunakan. Peluru jenis ini yang terkenal antara lain adalah BGM-109 Tomahawk AS yang dapat mencapai liputan 1,100 km.

0 komentar:

Poskan Komentar